
Sulit
4 tahun
Gatal kulit di tapak tangan
saya wanita berusia 20tahun & mempunyai masalah kegatalan di tapak tangan iaitu muncul bintik putih yang banyak, tetapi tidak timbul. bintik putih tersebut ada di jari, dan tapak tangan. dan bersaiz kecil dan besar. lebih kurang seminggu tangan saya terasa gatal. apa kemungkinan penyebab nya ya? dan apa rawatan yg saya boleh buat untuk kurangkan gatal?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang menyebabkan kegatalan pada tangan anda, seperti:
- dermatitis kontak iritan apabila terdedah kepada bahan yang boleh mencetuskan keradangan kulit
- dermatitis kontak alergi apabila seseorang mempunyai alahan kulit terhadap sesuatu bahan
- psoriasis sejenis penyakit autoimun
- dishidrotik ekzema sejenis ekzema
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai dan tepat, kesimpulan atau diagnosis perlu dilakukan dahulu sebelum melakukan rawatan. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.