
Sulit
4 tahun
Haid selepas 18 hari haid sebelumnya berakhir dan darah kesat berwarna kecoklatan tidak berlendir
Adakah normal jika saya didatangi haid selepas 18 hari is berakhir? Darah yang turun pula berwarna coklat dah tidak berlemdir (kesat). Saya wanita berumur 20 tahun.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, darah coklat yang dialami boleh disebabkan oleh pelbagai hal, antaranya:
- Darah pada awal dan hujung haid biasanya mempunyai aliran lebih perlahan, ini menyebabkan darah tersebut tersimpan lebih lama di dalam rahim dan berwarna hitam/coklat
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi (waktu subur)
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan perancang, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUCD hormon
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.