
Sulit
4 tahun
Hamil Atau Proses Awal Kehamilan?
Saya mengalami sindrom ibu hamil yg lazim dilalui oleh kebanyakkan wanita seperti pening kepala, mual, sakit badan, mengidam dll. Namun begitu, saya telah melakukan 2 kali UPT dan keputusannya negatif.
Selain itu, saya juga turut mengalami period berulang dalam masa sebulan dan terbaru, seakan keluar ketulan darah berwarna coklat tetapi sehari cuma.
Saya juga mengamalkan pil perancang tanpa culas selepas kelahiran anak pertama. Adakah ianya tanda awal kehamilan atau bagaimana? Apa test yg boleh saya buat untuk pengesahan kehamilan selain UPT?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, simptom kehamilan boleh menyerupai simptom pra-menstruasi. Oleh itu, simptom sahaja tidak cukup untuk memastikan seseorang itu benar mengandung. UPT boleh menjadi negatif di awal kehamilan atau apabila hormon HCG terlalu tinggi/rendah. Pendarahan coklat atau spotting boleh berlaku ketika:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi (waktu subur)
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan perancang, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUCD hormon
Anda digalakkan untuk ke klinik untuk membuat ujian air kencing atau ujian darah di situ. Anda juga boleh membuat imbasan ultrasound untuk melihat kewujudan janin dalam rahim anda. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.