Sulit
5 tahun
Ibu jari kaki gatal, bengkak dan tapak kaki berwarna biru
Saya wanita berumur 46 tahun. Sudah dua hari ibu jari kaki saya gatal yang teramat dan hari ini ia menjadi bengkak dan tapak kaki di bahagian ibu jari menjadi warna biru. Mohon bantuan doktor. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ibu jari kaki biru boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Chronic pernio
- Cardioembolic disease
- Vasculitis
- Peripheral arterial occlusive disease
Untuk mengetahui punca masalah yang ibu anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana ini mungkin mengakibatkan kesan yang buruk kepada ibu jari kaki. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.































