
Sulit
4 tahun
Implan patah dan lengan lenguh
Saya baru psg implan. Lengan lenguh. Implan rasa mcm patah. Ade ke kes mcm tu? Bila bole mula bersama suami?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang implanon.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sukar untuk saya mengatakan ia adalah kesan sampingan implanon kerana kebiasaannya implanon memberi kesan sampingan seperti di bawah:
- Loya
- Sakit perut
- Sakit kepala
- Sakit di bahagian payudara
- Pertumbuhan jerawat
- Rambut gugur
- Berat badan meningkat
- Gangguan kitaran haid
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Saya sangat menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan lanjut kondisi anda. Persoalan lanjut masih diperlukan bagi memberi diagnosis yang tepat. Anda juga boleh berbincang dengan Doktor yang memasang implanon ini tentang kesan sampingan implanon.
Jika anda mendapatkan implanon sewaktu 5 hari pertama haid anda, maka anda dilindungi daripada mendapat kehamilan. Namun jika anda mendapatkan implanon selepas 5 hari pertama haid anda, disarankan untuk anda menggunakan cara pencegahan kehamilan seperti kondom.
Walaubagaimanapun, seeloknya adalah menjarakkan masa selama 5-7 hari selepas mendapatkan implanon sebelum melakukan hubungan intim bersama pasangan.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.