
Sulit
4 tahun
Irregular periods cycle
saya berusia 17thn, bmi saya adlh 16.7kg/m2 saya mula didatangi period pd umur 13thn, setiap tahun saya hanya didatangi period 4/5 kali setahun. semasa form2 ada sekali saya didatangi period selama sebulan lebih & tlh membuat pemeriksaan dgn doc. saya hanya diberi pil hormon & ubat stop darah. pd thn ini saya mengalaminya sekali lagi iaitu
1st period 19days
2nd period 27days
3rd period 45days
4th period 37days dan masih lagi ada
antara setiap period dgn period yg lain ada keputihan dan kdg2 ada spotting
saya juga mengalami sakit di bhgn pelvic di sebelah kiri(kdg2)
thanks for your answer in advance.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang isu tersebut.
Untuk makluman pihak anda, masalah haid berpanjangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUCD ( intrauterine contraceptive device )
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sukar untuk pihak kami membuat kesimpulan mengenai masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.