
Sulit
4 tahun
Jari kaki berdenyut ,sampai menyebabkan susah untuk tidur malam
Hai saya shasha, umur 18 tahun
Saya susah nak tidur malam kerana jari kaki saya berdenyut
Ia sgt mengngu saya setiap malam
Hari- hari saya tidak dapat tidur dengan lena apabila kaki saya berdenyut setiap malam

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- Kekurangan nutrisi
- Masalah pengaliran darah
- Dehidrasi
- Masalah pada otot dan sendi
- Kecederaan pada saraf
- Anxiety disorder
- Periodic limb movement disorder
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.