jannahaim
2 tahun
Jari kaki kelingking membengkok
Saya berusia 27 tahun, perempuan. Baru-baru ini, saya tiba-tiba merasa tidak selesa dengan jari kaki kelinking saya. Saya dapati kedua-dua kaki saya, jari kaki kelinking membengkok ke arah jari kaki manis. Yang peliknya, saya rasa ok dengan jari kaki kelingking belah kiri tetapi merasa tidak selesa dengan jari kaki kelingking belah kanan terutamanya ketika saya berbaring. Apa pendapat Doktor mengenai masalah ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Kongenital (sejak lahir)
- Kecederaan pada jari
- Sering berposisi kurang sihat (kerap memakai tumit tinggi)
- Penyakit kaki rata
- Kecederaan pada kulit atau otot sekeliling jari tersebut
- Penyakit tulang
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Tulang.