
Sulit
3 tahun
Jari tangan dan jari kaki menggelupas
Saya seorang lelaki berumur 23. Semenjak beberapa bulan yang lepas. Jari tangan dan jari kaki serta tumit saya sering menggelupas. Saya telah mencuba beberapa jenis sabun tetapi masih juga sama. Adakah ini merupakan simptom kepada mana mana penyakit kulit yang serius? Atau adakah hal ini biasa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, Kulit muka menggelupas sering dialami oleh kebanyakan orang. Hampir setiap orang akan mengadu mengenai kulit jari mereka mengelupas dan ianya sangat mengganggukan. Penyebab utama kulit jari mengelupas ialah sel-sel mati pada muka sedang digantikan dengan sel-sel baru pada kulit muka. Proses ini dipanggil regenerasi kulit.
Namun, Terdapat beberapa punca yang lain seperti:
- Kulit terlalu kering
- Kerap mencuci tangan
- Penggunaan produk yang tidak bersesuaian pada tangan dan kaki
- Terdedah kepada sinaran cahaya matahari dalam tempoh yang lama
- Eczema
- Psoriasis
- Alahan kepada debu atau cecair kimia
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!