
Sulit
4 tahun
Kaki bengkak Air dan sukar bergerak
Ibu usia 73 thn ada diabetis,darah tinggi sejak 30 thn, kini dah 2 minggu hadapi bengkak air di kaki dan betis sehingga sukar berjalan.sudah pergi hospital tapi doktor kata makan ubat buang air.tapi bengkak surut bila tidur tetapi bila kaki kebawah mcm naik kereta dia membengkak semula . Jadi saya buat blood test.doktor kata result isu buah pinggang…bila tunjuk pada doktor ppum.dia kata x da apa…saya pun x tahu apa nak buat.doktor mana nak refer ?mak susah nak bergerak sekarang perlu bantuan.dulu x macam ni

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menetukan rawatan yang terbaik.
Umumnya, bengkak yang sistemik pada kedua-dua belah kaki (lebih-lebih lagi apabila berdiri atau duduk terlalu lama) sememangnya lazim berlaku pada mereka di usia tua, akibat dari faktor umur dan kondisi sirkulasi darah yang tidak lagi kuat untuk melawan tarikan graviti, menyebabkan pengumpulan cecair kaki lebih mudah untuk berlaku. Walau bagaimanapun, ia juga boleh berpunca dari penyakit seperti:
- gangguan rematik
- penyakit ginjal
- penyakit jantung / kardiovaskular
- penyakit endokrin
- gangguan saluran limfa
- gangguan organ hati
Saya menyarankan anda untuk tidak meletakkan apa-apa jenis ubat di kawasan yang bengkak lagi dimasa akan datang, kerana ia dapat memburukkan lagi keadaan. Buat sementara waktu anda boleh:
- memastikan kebersihan pada daerah bengkak terjaga
- apabila berbaring, meletakkan kaki sedikit lebih tinggi daripada badan sekitar 30 darjat (baca: leg elevation )
- memastikan ibu anda mempunyai gaya hidup yang sihat dari segi pemakanan dan cuba kekal aktif sesuai kemampuannya saat ini
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut yang lebih komprehensif. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).