
shukorfx
2 tahun
Kaki bengkak selepas operation
kaki bengkak dah sebulan setelah menjalani pembedahan .patah tulang tibia dan masuk locking plate.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kaki bengkak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Komplikasi dari pembedahan itu sendiri
Trombosis vena dalam adalah keadaan ketika terjadi penggumpalan darah pada satu atau lebih pembuluh darah vena dalam- Keadaan ini boleh terjadi sekiranya anda terbaring lama lebih-lebih lagi selepas pembedahan
Ubat tahan sakit (non-steroidal anti-inflammatory drugs / NSAIDs ), contohnya : ibuprofen
Ubat-ubatan untuk rawatan kemurungan, diabetes dan darah tinggi
Darah beku biasanya di bahagian kaki ( thrombophlebitis )
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.