Sulit
5 tahun
Kaki berluka lebih 17 tahun, wanita usia 50-an, hemoglobin rendah & ada darah tinggi tiada rekod kencing manis setakat ini
Luka di kaki mak saya lebih 17 tahun dan makin mudarat keratan kaki di bahagian ats permukaan kaki, doktor tidak dapat kenal pasti puncanya, sekarang cuma ambil ubat darah tiggi & antibiotic shj. Satu reason doktor kata berkemungkinan berdiri lama masa muda dlu (berniaga) dan hemoglobin rendah boleh terkesan pada luka. Setiap hari buat dressing luka sendiri (cara diajar doktor) apakah rawatan yang boleh dicadangkan oleh doktor ? dan adakah cream defuzin dapat elakkan jangkitan kuman pada luka tersebut ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah luka lambat sembuh boleh disebabkan oleh:
- Kekurangan vitamin
- Masalah saluran darah
Oleh kerana ibu anda telah berjumpa dengan doktor yang memeriksa luka tersebut, anda harus teruskan dengan rawatan yang doktor anda berikan. Krim Defuzin ialah krim anti-bakteria. Anda boleh sapukan atas luka kaki ibu anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.































