
Sulit
3 tahun
Kaki kebas dan sejuk
Saya berumur 37 tahun dan mula sedari saya ada kencing manis pada bulan May yang lepas selepas saya terjangkit selulitis (jangkitan kuman bawah kulit).
Sekarang, kaki saya kerap kebas dan sejuk.
Apakah ada cara atau ubat untuk mengurangkan masalah ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda mempunyai masalah kaki kebas dan sejuk serta mempunyai masalah kencing manis. Kami akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, gejala kebas pada kaki boleh disebabkan pelbagai perkara. Antaranya:
- Kebas yang disebabkan aliran darah terganggu seperti duduk terlalu lama
- Masalah berkaitan saraf seperti saraf tersepit
- Kecederaan pada kaki
- Disebabkan anda mempunyai kencing manis, salah satu komplikasi penyakit ini adalah neuropati, iaitu kerosakan saraf.
Oleh itu, bagi memastikan punca kebas kaki anda, anda perlu merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh bercakap dengan kami untuk konsultasi atas talian, agar kami boleh membantu anda selanjutnya.
Kami berharap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.