Sulit
5 tahun
Kaki merasa lenguh seperti darah Tidak lancar
Hai… Saya wanita berumur 21 tahun… Dalam tempoh sebulan ini saya merasa kedua belah kaki saya dari peha sehingga ke betis seperti darah Tidak lancar ataupun lenguh… Perkara ini hanya berlaku apabila saya baring semasa mahu tidur… Apabila baru terjaga dri tidur saya juga rasa perkara yg sama…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kaki lenguh. Untuk makluman anda, masalah ini dapat berpunca daripada:
- Otot keletihan
- Otot kekurangan oksigen
- Kekurangan air/”Dehydration”
- Kekurangan mineral dalam badan
- Kelemahan otot yang kurang aktif
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih































