snasyurah98
5 tahun
Kaki Sejuk dan tak boleh jalan
Salam doc. Saya Syura berumur 22tahun. Masalah saya, kaki saya selalu sakit. Sejuk kadang² dari bahagian betis kebawah. Kadang² sebelah kaki penuh. Kadang dua² kaki. Saya kena sakit ni sejak berumur 7-8 tahun macam tu. Sampai sekarang masih macam tu. Sakitnya tk selalu datang. Ada masa bila datang, sekejap je dah pulih. Ada masa lama. Pernah sekali dua tu, saya mengandung, dan kaki saya dua² belah sakit sampai tak boleh jejak ke lantai sebab terlalu sakit. Apa perlu saya buat ya ? Boleh doctor jelaskan penyakit ni ?
Terima Kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kaki sejuk sehingga sakit boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- berat badan rendah (kurang dari standard BMI normal)
- masalah hormon seperti tiroid
- masalah vaskular
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.































