
Sulit
5 tahun
Kekeliruan Darah nifas atau haid
Hi doc. Saya berumur 29 tahun ingin bertanya. Hari ni hari ke 52 sy berpantang. Ketika hari ke 30 lebih camtu darah nifas sy sudah tiada. Kemudian dlm jarak yg lama darah ade blk tetapi tidak banyak hanya sedikit pada panty liner. Walaubagaimanapun darah yang datang tidak sampai 1 hari pun dan keesokannya memang tiada n agak lama datang balik dengan jumlah tang sedikit n sekali tu sahaja. Pada hari ke 50 semasa sy bangun tidur panty liner sy kosong n bersih. Dan dlm jam 2petang camtu sy ade melakukan hubungan brsama suami dan tidak perasan ada sedikit darah pada panty liner. Selepas brsama baru sy perasan. Kemudian selepas bersama dan keesokannya darah tiada muncul hgga hari ini. Sy menyusu badan sepenuhnya. Adakah itu darah haid atau masih darah nifas? Yg merunsingkan sy adalah sy ade terbaca di google kesan buruk jika melakukan hubungan semasa haid seperti jgkitan virus hiv dan hepatitis. Sy harap doc dpt beri penerangan yg jelas. Sy sgt stress memikirkannya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, semua wanita yang melahirkan mahupun keguguran akan melalui fasa nifas. Pada kebanyakan orang, tempoh perdarahan nifas yang normal adalah sekitar 6 minggu. Apabila darah nifas anda telah berhenti, ini bermakna perubahan badan akibat kehamilan dan bersalin telah selesai dan tubuh badan anda telah kembali kepada kondisi tidak hamil. Maka apabila tempoh nifas selesai, tubuh anda telah siap untuk hamil lagi dan ini ditandai dengan kedatangan haid. Bagaiamanapun, haid yang normal adalah yang berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Justeru, darah sedikit yang keluar yang keluar mungkin disebabkan oleh pelbagai hal, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan (bagi wanita yang hamil)
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi (waktu subur)
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan perancang, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUCD hormon
Merujuk kepada risiko jangkitan hepatitis dan HIV, penyebaran penyakit hanya terjadi sekiranya anda adalah pesakit hepatitis B positif ataupun HIV positif yang mana virus ini tersebar melalui darah anda kepada suami.
Untuk berbincang lanjut tentang punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.