
Sulit
5 tahun
Kekerapan kencing pada waktu malam
Saya wanita akhir 20-an. Saya ingin tahu mengenai kondisi saya berdasarkan apa yang membuat saya sakit. Saya kerap kencing pada waktu malam dalam kuantiti yang sangat sedikit walaupun rasa nak kencing tu tersangat kuat. Kadang² kencing tu boleh buat saya sakit pada bahagian bawah. Kadang² bahagian ginjal atau buah pinggang bahagian depan sering merasa sakit atau bisa ketika ingin bangun atau duduk. Dan saya pernah diberitahu oleh klinik saya terkena e-coli. Boleh jelas lebih lanjut mengenai ini. Dan saya masih dara.
Boleh tak doktor ulaskan penyebab pekara ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kerap kencing malam boleh disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- Kista (cyst) seperti Bartholian cyst
- Jangkitan kuman beserta bengkak
- Jangkitan kelamin seperti virus HPV atau sifilis jika ada melakukan hubungan seks
- Batu karang dalam saluran kencing
- Urethritis iaitu keradangan uretra yang timbul akibat jangkitan bakteria seperti Chlamydia ataupun Gonorrhoea
- Cystitis adalah keradangan pundi kencing
- Pyelonephritis merupakan keradangan buah pinggang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.