
Sulit
5 tahun
Keluar cecair coklat dari vagina
Hai doctor.
Sy berumur 28 tahun, mempunyai seorang anak.
Sudah berbulan2 saya mengalami masalah keluaran cecair bewarna coklat di bahagian vagina selepas habis period. Maksudnya selepas stop period, dua hari selepas stop tu akan keluar cecair bewarna. Kadang2 lendir bersama darah bewarna merah jambu. Kadang2 bewarna coklat dan ini disertai dengan bau yang kurang menyenangkan. Sy tidak mengalami sakit semasa kencing atau sakit semasa melakukan hubungan bersama suami. Saya juga tak mengalami masalah gatal2 di kawasan kemaluan. Perkara ini berulang setiap bulan. Saya pernah mendapatkan rawatan, doktor ada memberi sesuatu untuk di masukkan ke dalam kemaluan. Tetapi ia bertahan selama seminggu sahaja kemudian akan terjadi lagi. Biasa ia akan stop seminggu sebelum next cycle period ataupun tak stop sampailah bersambung dengan next cycle period plak. Saya bimbang doktor. Tolong saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keputihan coklat yang keluar boleh disebabkan oleh pelbagai hal, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan (bagi wanita yang hamil)
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi (waktu subur)
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan perancang, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUCD hormon
Namun sekiranya terdapat keluhan tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.