
Anonymous
2 tahun
Kenapa kaki saya bengkak
Saya seorang wanita yang berusia 50 tahun dgn mempunyai masalah kesihatan kencing manis dan darah tinggi.untuk mengatasi masalah ini apa yang perlu saya lakukan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak puan, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala kaki bengkak. Namun begitu bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi seperti puan, terdapat beberapa kemungkinan yang boleh berlaku komplikasi daripada penyakit tersewvut, antaranya:
- Aliran darah tidak lancar akibat salur darah tersumbat
- Kaki bengkak akibat cecair berkumpul di dalam tisu
- Kecederaan kaki yang lewat pulih
- Kerosakan buah pinggang
- Masalah jantung
Untuk mengatasi masalah ini puan haruslah mengetahui puncanya terlebih dahulu. Biasanya bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi, kawalan paras darah dan gula adalah sangat penting bagi mengelakkan komplikasi. Maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih