xcaliberr90
4 tahun
Keputihan berpanjangan
saya mengalami keputihan semenjak bulan 2 lagi, pernah sekali keputihan saya agak teruk sehingga bergumpal dan menyebabkan infeksi pada pembukaan pubang faraj saya sehingga berwarna pucat dan pedih. selepas saya mendapatkan rawatan di klinik keputihan trsebut beransur sdikit. pada bulan 3 kputihan saya sepertinya kembali muncul dan saya ada melakukan hubungan seks, dan shingga kini keputihan saya masih belum sembuh. bau keputihan saya seperti bawang merah dan berasa agak gatal dan pedih kadang kala. adakah saya dijangkiti penyakit kelamin
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keputihan yang keluar dari faraj anda boleh terjadi kerana:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan penyakit kelamin berjangkit seperti chlamydia, trikomonas, gonorrhoea
Bagi mengatasi masalah ini anda boleh lakukan beberapa langkah pencegahan seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.