Sulit
4 tahun
Keputihan berwarna coklat maroon
Saya seorg remaja berumur 24 tahun, menstrual period saya adalah normal bermakna setiap bulan akan dtg… Tetapi utk bulan lepas saya ada mkn ubat allergic utk sakit kaki, maka pada bulan tersebut period saya dtg normal, tetapi selang 2 minggu mula keluar cecair warna light coklat, saya ada consult doctor, doctor kata effect makan ubat allergic. While sekarang pula,period saya start 28/12/19 and dah habis 1/1/20,normally dalam 5 hari akan habis. Tapi kalini saya ada makan ubat gastric ( sunward suntacid, Histac 150,Prinazin)- saya jumpa doktor 6/1/20 dan tetiba pada 11/1/19, keluar lagi cecair warna coklat tapi kalini warna coklat pekat seakan warna maroon. Saya buntu sekarang. Tolong bantu saya…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, darah coklat yang dialami boleh disebabkan oleh pelbagai hal, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan perancang, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUCD hormon
Untuk mengatasi masalah-masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.