
Sulit
5 tahun
Keputihan berwarna coklat setelah 15 hari period
Saya wanita yang berkahwin dan mempunya 2 orang anak dan berumur 35 tahun. Saya mengalami keputihan berwarna coklat dan bagi saya adalah banyak… last period pada 15 jan 2020 … sebelum ini saya pernah mengalami nye selang 3 hari habis period tetapi tidak banyak dan ada berjumpe dengan doktor dan mengambil sampel dan result dpd doktor ianya tiada masalah… jadi untuk kali ini setelah 2 minggu jarak period saya dan mengalami keputihan berwarna coklat adakah ianya perlu rawatan lanjut?
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, spotting ataupun darah coklat yang keluar diluar tempoh haid boleh disebabkan oleh pelbagai hal, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan (bagi wanita yang hamil)
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi (waktu subur)
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan perancang, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUCD hormon
Namun sekiranya terdapat keluhan tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.