
Sulit
4 tahun
Keputihan yang serius
saya seorang remaja usia 22tahun, belum berkahwin. saya mengalami masalah keputihan sejak habis spm…masalah sy sangat teruk sehingga keluar macam darah. ad juga keputihan campuran warna koko. saya takut saya ad masalah lain2 juga. harap dr boleh bagi pendapat tentang penyakit sy…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, keputihan coklat yang dialami boleh disebabkan oleh pelbagai hal, antaranya:
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi (waktu subur)
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan perancang, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUCD hormon
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.