Sulit
3 tahun
Keputihan yang terlalu banyak dan menyebabkan gatal pada bahagian miss v dan period saya juga tidak datang
Saya wanita berumur 19 tahun… Sejak seminggu yang lepas, keputihan yang saya hadapi adalah sangat banyak yg brwrna putih susu dan menyebabkan kegatalan pada miss v… Pada bulan yang lepas… Saya haid pada 3/11 tetapi pada bulan ini…saya masih tidak haid walaupun sekarang dah 11/12…saya sangat kuatirr… Saya malu untuk bertanya pada ahli keluarga saya… Bolehkah doktor jelaskan pada saya… Apakah yang saya hadapi sekarang
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keputihan yang dialami anda boleh disebabkan:
- Keputihan fisiologi. Ini adalah normal dan tidak berbahaya. Kebanyakan wanita memakai liner seperti pad kecil bagi mengatasi situasi keputuihan fisiologi.
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan kelamin
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Bagi masalah haid tidak datang atau lewat, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat , antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya gejala yang anda alami masih bereterusan, saya menasihatkan anda untuk ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Saya tidak boleh memberi diagnosis kepada keadaan anda tanpa pemeriksaan klinikal dan persoalan yang lebih mendalam. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.