
nazlin80
5 tahun
Kesan selepas laparoscopic for ectopic pregnancy
Saya wanita berusia 39thn. Pd bln 6 lepas saya telah buat laparoscopic for ectopic pregnancy. Malangnya selepas beberapa bln operation saya mengalami sakit di ari2 dan sakit belakang bahkan kerap kali bleeding semasa bersama suami. Saya juga sakit di ari2 andai kata duduk lama. Mohon bantu saya… Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit di ari-ari boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan saluran kencing yang juga dikenali sebagai kencing kotor atau urinary tract infection (UTI)
- Batu karang iaitu adanya pembentukan batu akibat deposit menirals dalam saluran kencing
- Appendicitis iaitu keradangan bahagian usu yang dikenali sebagai appendiks
- Cystitis adalah keradangan pundi kencing
- Hernia jarang terjadi pada wanita. Ia berlaku apabila sebahagian usus terkeluar dari rongga dan tersepit di otot perut
- Menstrual cramps yang juga dikenali sebagai senggugut
- Torsio ovari iaitu apabila ovari yang tergantung dengan rahim terputar sehingga menimbulkan rasa sakit
- Ovarian cyst iaitu apabila terdapat cairan terbentuk pada ovari
- Endometriosis adalah keadaan bilamana tisu rahim tumbuh di luar rahim menimbulkan gangguan dan kesakitan
- Pelvic inflammatory disease (PID) adalah penyakit keradangan panggul yang biasanya timbul akibat jangkitan kronik (lama)
- Terkait kehamilan, seperti keguguran ataupun kehamilan ektopik. Melihat kepada riwayat anda yang pernah mengalami ectopic pregnancy, anda mempunyai risiko tinggi untuk terkena kehamilan ektopik sekali lagi.
Oleh kerana penyebab sakit di ari-ari diatas dapat pelbagai, sukar untuk didiagnosis penyakit sebenar yang mendasari keluhan anda berdasarkan keterangan diatas sahaja. Anda digalakkan untuk merujuk doktor agar dapat membincangkan lanjut gejala dan riwayat sakit anda agar dapat diperincikan lagi diagnosis pasti penyakit anda. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.