
Sulit
4 tahun
Kesukaran zakar untuk menegang
Saya lelaki umur 20 tahun ,ingin bertanya di manakah klinik yg boleh saya dptkn konsultansi untuk penyakit saya ini? Boleh cadangkan beberapa tempat di kuantan kerana saya khuatir sekiranya klinik tersebut tidak melakukan rawatan tersebut, boleh doktor senaraikan beberapa tempat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan pihak anda, penis yang sukar tegang juga dikenali sebagai mati pucuk. Sebenarnya, mati pucuk dapat terjadi disebabkan oleh banyak hal, antaranya:
- psikogenik - seperti stress, anxiety, hubungan bermasalah
- psikiatrik - anxiety disorder, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tinggi, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- efek samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Antara tempat yang boleh anda dapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut di Kuantan adalah:
- Hospital Tengku Ampuan Afzan
- Kuantan Medical Centre
- IIUM Medical Specialist Centre
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Selain itu, anda juga boleh mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi dengan klik pada link (DoctorOnCall) untuk dapatkan konsultansi dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.