
Sulit
5 tahun
Ketulan isi pada kepala zakar
Saya lelaki 23 tahun , belum berkahwin. Pada kepala zakar saya selepas berkhatan pada umur 7 tahun ada ketulan isi daging . Tidak sakit bila dipicit . tetapi pada baru-baru ni , ketulan tu sakit bila bergesel dan bernanah selepas terluka . adakah ini ketuat zakar ? apa yang perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat luka yang terinfeksi iaitu terkena jangkitan kuman
- Jangkitan saluran kencing juga dikenali sebagai kencing kotor
- Pembentukan smegma (kumpulan sel-sel mati dan kotoran) biasanya terbentuk pada zakaryang tidak disunatkan (tidak sirkumsisi)
Memandangkan ia bernanah, amat dikhuatiri sekiranya terjadi jangkitan. Jangkitan harus diubati dengan ubat yang sesuai agar kuman dapat dibunuh dengan benar. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.