Sulit
4 tahun
Lidah Putih + Biji di Kelamin
Hi doc, i’ve had sex before. And then idontknow berapa lama but my lidah start menjadi putih and rasa gatal dekat area kemaluan. Bila saya garu, timbul biji² . Peha saya juga terasa gatal . Di testis saya juga gatal. Paling obvious lidah saya berwarna putih and ada bulatan seperti warna lidah(biasa) tpi di sekelilingnya completely berwarna putih. Apa sebabnya ya? And apa yang patut saya buat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai sebab yang boleh menyumbang kepada masalah yang anda hadapi. Antaranya:
- Penyakit kelamin (STD) seperti chlamydia, herpes di kemaluan, ketuat kelamin, trichomoniasis, gonorrhea
- Radang disebabkan bahan kimia
- HIV
Pihak kami memerlukan lebih maklumat untuk mengenalpasti punca masalah anda. Justeru, anda digalakkan untuk merujuk doktor mengenai masalah ini. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.