
Sulit
3 tahun
Lipatan jari telunjuk saya berasa sakit seperti ditusuk jarum
saya wanita berusia 21 tahun dan beberapa hari ni saya mengalami sakit yang amat di bahagian lipatan jari telunjuk saya di tangan kiri. setiap kali jari saya bergerak, ia merasa amat pedih. harap doktor dapat mengenalpasti masalah saya.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mempunyai masalah sakit pada sendi jaru telunjuk. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, simptom yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya adalah:
- Trauma
- Kesan sengat atau gigit binatang
- Kecederaan pada otot
- Kecederaan pada tulang
- Jangkitan pada kulit
- Gout
- Rheumatoid arthritis
- Psoraisis
Berikut hanyalah diagnosis umum perihal punca gejala anda. Kami tidak dapat memberi nasihat rawatan serta diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal. Kami menasihati agar anda rujuk masalah ini kepada doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.