Sulit
4 tahun
Masalah faraj,sakit puan
salam dr sy nieza, nk tanya knpe kawasan lubang faraj sy rasa ngilu, dn terasa kerap nk kencing. bile habis kencing terasa ngilu atau pedih d lubang faraj sy pun xpasti rasanya mcm mne nk terangkn… boleh dr terangkn pd sy knpe oleh bg suggestion ap yg perlu sy buat…ke ad radang or luka d kwsn pundi kencing ke… dh 5 hari sy merasa xselasa… bile kejadianya selepas sy berstubh dgn suami sy, nie 1st time selama nie xpenah pun trjd mcm nie.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, tidak selesa dan kencing sakit pada kawasan kemaluan anda boleh disebabkan:
- Kista (cyst) seperti Bartholian cyst
- Jangkitan kuman beserta bengkak
- Jangkitan kelamin seperti virus HPV atau sifilis jika ada melakukan hubungan seks
- Batu karang dalam saluran kencing
- Urethritis iaitu keradangan uretra yang timbul akibat jangkitan bakteria seperti Chlamydia ataupun Gonorrhoea
- Cystitis adalah keradangan pundi kencing
- Pyelonephritis merupakan keradangan buah pinggang
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































