
Sulit
5 tahun
Mati Pucuk Zakar Tidak Mengeras
sy 30an… sy merasakan zakar saya sekarang sukar mengeras… apakah ini karna mati pucuk? adakah ia nya boleh diubati ? dan berapa terapi untuk sembuhkan? ingin tahu kaedah dan ubat-ubatan juga

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan pihak anda, sukar mengeras adalah juga dikenali sebagai mati pucuk. Ia dapat terjadi disebabkan oleh banyak hal, antaranya:
- psikogenik - seperti stress, anxiety, hubungan bermasalah
- psikiatrik - anxiety disorder, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tinggi, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- efek samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Pada lelaki usia muda, masalah mati pucuk lebih mudah untuk sembuh. Justeru, anda tidak perlu risau kerana ianya boleh diubati. Untuk mengetahui kaedah dan ubatan, anda perlu tahu penyebab sebenar mati pucuk ini kerana ia boleh jadi akibat salah satu masalah diatas. Untuk itu, anda perlu diperiksa oleh doktor terlebih dahulu.
Bagi merujuk doktor, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor untuk mulai berubat ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.