
Sulit
4 tahun
Melakukan seks lebih seorang lelaki
sy wanita umur 22 … sblom ni sy buat hubungan seks lbih dari 1 org lelaki… Bly terkena HIV ? Apa kesan awal HIV ye dokter…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Jika anda seorang muslim, diingatkan bahawa perbuatan anda adalah salah di sisi agama dan sangat berpotensi tinggi untuk terjadinya kehamilan diluar nikah. Saya berharap agar anda agar tidak mengulanginya dan cuba mencari jalan bagi menjauhi tabiat tersebut di masa akan datang.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. HIV dikenali sebagai Human Immunodeficiency Virus yang mana virus ini dapat menjangkiti dan tersebar melalui pertukaran atau kontak dengan cairan tubuh seseorang yang sudahpun mempunyai virus ini. Antara cairan tubuh yang boleh membawa virus ini adalah darah.
Justeru, sekiranya anda telah melakukan hubungan dengan sesorang yang merupakan penghidap virus HIV, langkah terbaik adalah melakukan pemeriksaan untuk mengetahui status HIV dengan bantuan pihak kesihatan.
Selain itu, mempunyai ramai teman seks (baca: sexual partners) akan berisiko lebih tinggi untuk
- terjangkit HIV/AIDS
- mendapat jangkitan kelamin atau STD
- penyakit kronik yang serius seperti kanser mulut & kelamin
- masalah hubungan suami isteri di masa akan datang
- gangguan psikologi individu pada jangka masa panjang
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk mendapatkan maklumat tambahan kepada masalah yang tuan hadapi, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih