
jurhayanisyopiyan
4 tahun
Melepuh dan kulit hitam di hujung jari
ayah saya usia 60 tahun dan penghidap kencing manis yang bergantung pada insulin. selalu berasa kebas di kaki dan bengkak pada kaki. perlu ke ambil injection untuk menghilangkan kebas. dan kenapa kulit jari kaki melepuh dan kehitaman.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kesihatan yang dihadapi oleh ayah anda. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan kekebasan kaki.Antaranya ialah:
- Neuropati Diabetes
- Tarsal Tunnel Syndrome
- Penyakit Arteri Periferal
- Tekanan Pada Saraf
Kulit jari kaki boleh berkemungkinan menjadi hitam disebabkan oleh neuropati diabetes ataupun penyakit arteri peripheral yang dikenali sebagai “gangrene”.adalah amat disarankan untuk merujuk hal ini di hospital yang berdekatan untuk rawatan yang selanjutnya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.