
Sulit
4 tahun
Mempunyai benjolan besar di dalam faraj
Akibat daripada sering beronani menggunakan tangan. Saya dapati di dalam faraj saya mempunyai benjolan besar dan benjolan tersebut terluka kerana terkena kuku semasa saya beronani. Apakah akibat benjolan tersbut luka atau terkoyak sedikitt? Saya sering beronani kenggunakan tangan. Saya masukkan tangan didalam alat sulit. Saya merasakan ada sesuatu yang luka pada dalam alat sukut saya di bahagian bebola di dalam faraj. Saya tidah tahu apakah nama alat itu

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami boleh terjadi disebabkan oleh banyak hal. Antaranya:
- Menghidap penyakit kelamin seperti Bacterial Vaginosis, Candidiasis, Chlamydia, Gonorea, Trichomoniasis, HPV, atau Herpes Simplex.
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.