
Sulit
5 tahun
Miss v saya timbul biji dan gatal
haii salam sejahteraaa, saya wanita dalam lingkungn 20an, dalam 2,3 hari lepas kemaluan saya mengalami gatal gatal dan dan saya baru perasan dia timbul biji dekat area gatal tu, dan saya tak sengaja garu secara kasar dan dia brdarah, adakah ia normal? dan saya juga mengalami haid yg tidak teratur, jika saya makan ubat perancang, secara tetiba kemaluan saya akan mengalami kegatalan yg truk sehingga menyebabkan radang, dan selepas period saya terakhir, keputihan saya akan klua sprti cottage cheese,adakah disebabkan saya tidak mncuci miss v saya dengan bersih?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Berdasarkan keterangan, besar kemungkinan gejala yang anda hadapi ini adalah, keputihan . Keputihan boleh terjadi disebabkan oleh banyak hal. Antaranya:
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin seperti Bacterial Vaginosis, Candidiasis, Chlamydia, Gonorea, Trichomoniasis, HPV, atau Herpes Simplex.
Sebaiknya anda melakukan pemeriksaan, mendapatkan konsultasi doktor dan memperoleh diagnosis yang benar agar punca sebenar masalah dapat diketahui. Antara yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah ini adalah:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
Oleh kerana penyebab masalah ini adalah banyak dan kemungkinan besar adalah jangkitan, ia perlu dirawat dengan ubat yang hanya boleh dipreskripsikan oleh doktor.
Justeru, untuk info lanjut berkaitan masalah abda, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.