
Sulit
4 tahun
Muntah pening lemah badan
saya wanita 21 tahun. Saya tak rasa ini ada berkaitan “jet lag”. Bila saya makan saya akan muntah. Saya rasa lemah dan pening. Adakah ini faktor dari “jet lag”. Saya sudah jadi ini dari semalam hingga harini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah muntah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- keracunan makanan
- jangkitan kuman
- penyakit gastrik
- sindrom pramenstruasi
- kehamilan
- kesan sampingan ubat
- migrain
Tanda-tanda jetlag adalah seperti:
- masalah untuk tidur
- letih pada siang hari
- kesukaran untuk fokus
- sakit perut, sembelit atau cirit-birit
- perubahan emosi
- rasa kurang sihat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.