
Sulit
4 tahun
Nafas susah, sakit bahagian dada, kaki sejuk tetapi berpeluh, berdebar debar
Saya wanita berumur 18 tahun, saya mengalami sakit di bahagian dada seperti tegang, saya juga mengalami kesukaran bernafas yang mengakibatkan nafas menjadi pendek, terasa berdebar debar yang on off, kaki saya menjadi sejuk dan berpeluh, tangan saya juga terasa lemah. Adakah ianya disebabkan stress ataupun perubahan hormon ataupun ada sebab sebab yang lain.
Saya juga telah membuat ECG sebanyak 5 kali, mengambil darah dan membuat pemeriksaan paru paru tetapi ianya normal.
Boleh terangkan dengan lebih teliti tentang sakit saya. Saya mengharap sangat untuk mendapat bantuan tentang sakit yang saya alami ini

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami,
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menetukan rawatan yang terbaik.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Gangguan yang boleh dikaitkan dengan gejala yang anda alami antaranya adalah:
- Refluks asid perut,
- Gangguan cemas.
- Kekurangan gula dalam badan
- Kekurangan rehat atau tanda-tanda gangguan tidur
- Kesan pengambilan ubat-ubatan.
Keadaan atau penyakit lain yang disertai dengan gejala sakit dada dan susah bernafas juga boleh disebabkan oleh:
- Gangguan organ jantung
- Gangguan organ pernafasan (i.e. COPD, Emfisema, Asma)
- Jangkitan kuman di paru-paru (i.e. Pneumonia)
- Paru-paru berair biasanya akibat masalah jantung
- Batu hempedu.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.