
Sulit
5 tahun
Pacutan pramatang dan saiz
Salam doc… saya ada masalah pancutan pra matang dan saiz yg kecil… ada x ubat yg sesuai utk menambahkan otot saiz zakar saya dan ubat utk pra matang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ejakulasi pramatang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- psikogenik - seperti stress, anxiety , hubungan bermasalah
- psikiatrik - anxiety disorder , kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tinggi, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- masalah organ sekitar seperti prostat dan spinal cord - amat jarang
- efek samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Merujuk kepada saiz zakar anda yang kecil, sebetulnya kenyataan ini adalah subjektif kerana ia tergantung kepada persepsi anda terhadap ukuran zakar anda. Stres memikirkan ukuran ini juga boleh menjadi salah satu penyebab kepada ejakulasi pramatang. Sebaiknya anda fokus untuk menjaga dan mengekalkan kesihatan tubuh badan anda seperti:
- Mengekalkan berat badan yang sihat
- Banyakkan bersenam
- Amalkan pemakanan seimbang
Sebaiknya anda mengatasi terlebih dahulu penyebab diatas, serta merujuk kepada doktor agar masalah kesihatan lain dapat diatasi dengan baik tanpa perlu mengambil ubatan tambahan. Hal ini kerana, kadar penyembuhan PE adalah tinggi setelah penyebab diatas diatasi dengan tepat. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.