
Sulit
5 tahun
Pening kepala setiap hari
saya berumur 19tahun dan pelajar sepenuh masa di ipg. saya mengalami pening kepala yang agak teruk dan kerap berlaku. boleh dikatakan,hanya 3 hari dalam seminggu saya tidak mengalami pening kepala. saya sangka, pening kepala tersebut hanya kerana lambat makan dan terdedah panas terik terlalu lama tetapi bila saya jaga pemakanan, pening kepala masih ada dan tidak berkurang. saya jarang makan apa apa ubat jika pening. kadang kala saya makan panadol biasa. pening kepala hanya berkurang sekejap sahaja dan berterusan hingga keesokan hari. saya hendak bertanya,kenapa pening kepala sering berlaku ? adakah saya perlu pergi ke klinik ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Harus diketahui bahawa pening kepala dan sakit kepala adalah dua hal yang berebza. Pening kepala adalah apabila anda berasa pusing melayang sedangkan sakit kepala adalah rasa sakit di bahagian tertentu kepala. Sakit kepala secara amnya terbahagi kepada dua iaitu sakit kepala primer dan sekunder. Sakit kepala primer biasanya adalah:
- Migraine biasanya sakit kepala bersifat berdenyut-denyut
- Cluster type headache
- Tension type headache
- Akibat penggunaan ubatan
- Akibat sinusitis iaitu keradangan lubang tengkorak
Memandangkan anda telah mengalami masalah ini sejak beberapa lama, sebaiknya anda merujuk ke doktor agar ia dapat diatasi dan tidak mengganggu aktiviti harian anda. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.