Sulit
2 tahun
Pening penglihatan kabur
hello doktor saya mahu tanya…umur 23.Saya selalu rasa pening penglihatan kabur…Rasa macam mahu pitam…Tekanan darah 124/72
kedang2 saya rasa sakit dada sbalah kiri…
2 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala pening kepala, penglihatan kabur dan badan terasa lemah atau mahu pitam tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- gangguan saraf di bahagian kepala
- gangguan endokrin atau metabolisme tubuh
- badan kekurangan gula
- badan tidak cukup rehat
Atau ia juga boleh berpunca dari
- Masalah penglihatan seperti rabun dan silau
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
- Gangguan vaskular
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Walaupun tekanan darah anda berada pada tahap yang normal, gejala sakit dada yang kerap berlaku boleh berpunca dari:
- Gangguan organ jantung
- Gangguan vaskular (i.e. kolesterol tinggi, hipertensi, dll) & saraf (i.e. migrain, dll.)
- Gangguan organ pernafasan (i.e. COPD, Emfisema, Asma)
Saya menasihatkan anda untuk cukupkan makan dan rehat terlebih dahulu, namun sekiranya gejala masih berlanjutan atau bertambah kerap / berat, untuk segara berjumpa dengan doktor.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.
Secara amnya, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.