
Sulit
4 tahun
Penyakit Kuku kaki ..saya xblh nk describe mcm mn..how to attach picture?
Suami saya lingkungan 30an mengalami masalah kuku kaki,ada terbaca ia berkaitan dgn masalah kesihatan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang dialami oleh suami anda. Untuk pengetahuan anda, kenyataan yang diberikan oleh anda adalah terlalu umum dan terdapat beberapa perkara yang menyebabkan seseorang mempunyai masalah kuku kaki:
- Jangkitan kulat
- Jangkitan bakteria disebabkan kuku yang tumbuh ke dalam isi
- Kecederaan pada kuku kaki atau kaki
- Pemakaian kasut yang terlalu ketat
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah suami anda dan ia juga boleh disebabkan oleh faktor lain yang tidak kami sebutkan di atas. Kami sarankan beliau untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepadanya.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi melalui panggilan telefon atau panggilan video. Terima kasih.