
Sulit
4 tahun
Period berketul & bewarna hitam
Hi doc, pada mulanya period saya datang macam biasa dan telah habis selepas seminggu. selang seminggu selepas itu, period saya datang balik tetapi bewarna hitam dan berketul dan berlanjutan sehingga dua minggu lebih. Fist datang dalam kuantiti yg bnyak lepas tu dah berkurang sekarang datang banyak balik dan saya perlu memakai pad semula. Apa perlu saya buat.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai gejala yang anda lalui dan ia mempunyai penjelasan am. Untuk makluman anda, ketulan darah berwarna hitam yang berlaku ketika seminggu selepas kitaran haid yang lepas selalunya boleh disebabkan oleh sisa baki yang tertakung dalam rahim ketika waktu haid yang lepas.
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh:
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim
- Endometriosis
- Ketidakseimbangan hormon
- Keguguran
- Penyakit gangguan pendarahan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda yang berdekatan sekiranya keadaan anda semakin teruk. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.