ctaisyah10022014
5 tahun
Period delay oleh Pil perancang Regulon
Sy berumur 30tahun, dan di diagnosed oleh doctor sebagai pembawa tuberculosis yg tidak aktif, sekarang dalam rawatan makan ubat selama 6bulan. Dalam jangka masa itu,tidak dibenarkan pregnant Dan dibekalkan pil perancang Regulon.
Masalah sy sekarang adalah,period dah delay 1week. Dan last pil saya makan semalam. Adakah normal period delay disebabkan oleh makan pil perancang?
Sy start mkn pil di pertengahan cycle (cd 18).saya musykil… Risau… takut ter-pregnant , dah la tgh mkn ubat tb skrg nie.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal akan berlaku setiap 24 - 38 hari. Haid anda yang lewat dapat disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Melihat kepada pelbagai penyebab haid lewat, serta lamanya anda belum mendapat haid, kami mencadangkan agar anda merujuk ke doktor agar dapat dibincangkan lanjut diagnosis manakah (dari senarai diatas) yang paling mungkin dihidapi. Tambahan pula, apabila anda juga mengambil pil perancang.
Seandainya anda curiga hamil, kenalpasti 20 tanda-tanda awal kehamilan berikut dan sebaiknya lakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu urine pregnancy test (UPT). Untuk panduan penggunaan, sila rujuk di link ini (ujian kehamilan). Biasanya sekiranya masih terlalu awal, hasil ujian akan negatif.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

























