
Sulit
4 tahun
Period delay selepas pengambilan pil perancang
Hi Doc, saya mengambil pil perancang Oralcon, pada hari ke22 saya di jangka period,tp period saya dh delay 4hari.pada hari ke23 saya melakukan hubungan seks tanpa perlindungan, bolehkah @ perlukah saya mengambil pil kontraseptif kecemasan walaupun telah mengambil pil perancang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal akan berlaku setiap 24 - 38 hari. Haid anda yang lewat dapat disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Melihat kepada pelbagai penyebab haid lewat, kami mencadangkan agar anda merujuk ke doktor agar dapat dibincangkan lanjut diagnosis manakah (dari senarai diatas) yang paling mungkin dihidapi. Tambahan pula, apabila anda juga mengambil pil perancang.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Seandainya anda curiga hamil, kenalpasti 20 tanda-tanda awal kehamilan berikut dan sebaiknya lakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu urine pregnancy test (UPT). Untuk panduan penggunaan, sila rujuk di link ini (ujian kehamilan). Biasanya sekiranya masih terlalu awal, hasil ujian akan negatif.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor untuk bercakap secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.