
Sulit
4 tahun
Period lambat dan keputihan keluar sedikit²
Saya wanita berumur 19, saya mempunyai masalah period yang lambat kebiasaanya tempoh kitaran period saya adalah 29 hari tetapi pada bulan ini berubah menjadi 36hari dan kelewatan period ini disertakan dgn keputihan tetapi memang saya sering keluar keputihan pada setiap hari, adakah kemungkinan saya untuk mendapat period yg normal kembali pada tempoh terdekat atau perlu merujuk dengan doktor tentang masalah ini?

4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keputihan yang dialami anda boleh disebabkan:
- Keputihan fisiologi. Ini adalah normal dan tidak berbahaya. Kebanyakan wanita memakai liner seperti pad kecil bagi mengatasi situasi keputuihan fisiologi.
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Jangkitan kelamin
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Bagi masalah haid tidak datang atau lewat, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat , antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya gejala yang anda alami masih bereterusan, saya menasihatkan anda untuk ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Saya tidak boleh memberi diagnosis kepada keadaan anda tanpa pemeriksaan klinikal dan persoalan yang lebih mendalam. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.