
Sulit
5 tahun
Period lambat tiba dan adakah kesan ubat
Hi doc,saya wanita berumur 20 tahun.saya mahu bertanya kenapa period saya lambat datang.adakah ia kesan pemgambilan ubat morning after pill.pada bulan 1 saya mengambil morning after dan mengalami period sebanyak 2 kali , pada bulan 2 saya mengambil lagi dan period sebanyak 1. Pada 2 bulan tersebut saya melakukan seks.akan tetapi pada bulan ini saya tidak mengambil ubat dan melakukan seks dan memgapa period saya lambat 10 hari mengikut jagkaan saya.saya risau jikalau ada masalah lain yg berlaku.saya harap doctor dapat menjawab persoalan saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Haid yang lewat adalah apabila haid datang lebih lambat daripada 38 hari daripada hari pertama haid terakhir. Haid lewat dapat disebabkan oleh:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Seandainya anda curiga hamil, kenalpasti 20 tanda-tanda awal kehamilan berikut dan sebaiknya lakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu urine pregnancy test (UPT). Untuk panduan penggunaan, sila rujuk di link ini (ujian kehamilan). Namun, sekiranya hasil negatif, boleh jadi kerana kehamilan terlalu awal, ataupun hasil memang negatif.
Untuk info lanjut dan diagnosis pasti, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda adalah keutamaan kami. Terima kasih.