
Sulit
4 tahun
Period lewat tapi senggugut kuat
hye doc … saye dah lewat datang haid seminggu yang lalu … dalam tempoh seminggu ni , saye mengalami senggugut yang teruk tetapi darah haid tak keluar … bile saye buat pregnancy test , result negative …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah senggugut dan haid tidak datang.
Untuk makluman anda, senggugut adalah sebahagian daripada proses sebelum keluarnya darah haid. Namun senggugut juga boleh disebabkan oleh perkara lain seperti:
- Endometriosis. Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis. Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
- Penyakit keradangan pelvik
- Penggunaan alat IUD
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Bagi masalah haid tidak datang atau lewat, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya gejala yang anda alami masih bereterusan, saya menasihatkan anda untuk ke klinik atau hospital berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Saya tidak boleh memberi diagnosis kepada keadaan anda tanpa pemeriksaan klinikal dan persoalan yang lebih mendalam. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.