
Sulit
5 tahun
Period x teratur, lambat 8 hari
baru ni first time period sy lambat datg… 8 hari lambat… hari yg ke 9 kuar warna coklat sedikit je… pastu esok kan hari x kuar… seterusnya kuar coklat cair… pastu x kuar… darah x kuar sampai skrg… kenapa ye doktor? …Dalam masa yg sama sy mengalami simtom yg sama mcm seblom sy period bulan lepas ( cirit birit, sakit perot ( tapi kali ni rasa mcm something nak kuar tapi mcm rasa terhalang… sy x tahu mcm mane nak explain), asyik lapar je… adakah ni normal? sbb ni first time sblom ni ok je kuar wlupn lambat 3 hari

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sepertinya kitaran haid anda masih dalam batas normal memandangkan kitaran haid yang normal adalah dalam 24-38 hari. Begitu juga dengan tempoh haid anda iaitu selama 3 hari. Walaupun sedikit dan coklat, ia boleh jadi akibat darah lama dan sedikit.
Selain itu, darah coklat yang keluar diluar tempoh haid boleh disebabkan oleh pelbagai hal, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan (bagi wanita yang hamil)
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi (waktu subur)
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan perancang, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUCD hormon
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya terdapat keluhan tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link(DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.