
Sulit
2 tahun
Sakit Bahagian atas kaki
Helo doktor, sy ingin bertanya sejak kebelakangan ini saya sering sakit lenguh2x dan brasa sesemut dibahagian atas kaki. Selalunya terjadi apabila selepas saya membuat kerja2x rumah seperti membersihkan kawasan disekeliling rumah. Saya juga ada berasa sakit di dada jika ditekan dibahagian tersebut. Apakah yang perlu saya lakukan. Saya ada membuat pemeriksaan di klinik kesihatan tp doktor mengatakan saya tiada sakit apa-apa…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi,kebas pada kaki boleh disebabkan oleh:
- Diabetes atau kencing manis
- Aliran darah yang tidak mencukupi
- Trauma
- Masalah otot dan juga saraf
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.