Sulit
5 tahun
Sakit bahagian tulang kaki
Bapa saya berumur dalam 58, dia selalu mengadu sakit di kaki, sebab dulu dia pernah excident dan pernah patah kaki di sebelah tetapi sekarang kaki dia selalu sakikaki kiri.klau berdiri lama dan berjalan kaki dia akan mengalami sakit… dia juga tidak larat untuk melakukan kerja berat. dia juga selalu minta diurut untuk melegakan kesakitannya kakinya. Effect juga ke kaki kanan sebab menahan sakit kaki kiri.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah sendi- osteoarthritis
Masalah urat saraf- peripherla neuropathy
Masalah saluran darah- peripheral arterial disease
Masalah tulang
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami… Terima kasih.































